Youtube

Sunday, August 13, 2023

Resepi dan Tips Biskut Keju Cornflakes

 



Bahan-bahan

·         150gm mentega
·         80gm gula perang
·         30gm gula pasir
·         1 biji telur
·         1/2 sudu teh esen vanila
·         1/2 sudu teh emplex
·         150gm parutan keju cheddar
·         150gm tepung gandum

Saduran :  150gm cornflakes - ramas kasar

Cara-cara :

1.       Satukan tepung, parutan keju dan emplex.
2.       Pukul mentega dan gula hingga berkrim.  Masukkan telur dan esen vanila.  Putar sebati.
3.       Masukan campuran tepung dan putar dengan kelajuan rendah hingga sebati.
4.       Ambil 1/2 sudu teh adunan, golekkan ke dalam cornflakes, bulat-bulatkan.
5.       Bakar pada suhu 160C selama 30-35minit hingga keperangan. 

6.       Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara. 

Resepi dan Tips Biskut Oat Blackcurrant

 

Bahan-bahan:

·         120gm oatmeal ( 1 1/2 cawan)
·         100gm tepung gandum (1/2 cawan)
·         90gm raisin (1/2 cawan blackcurrant atau kismis)
·         1/2 sudu teh soda bikabonat
·         1/2 sudu teh garam
·         85gm mentega tawar (6 sudu makan)
·         100gm gula perang (1/2 cawan)
·         60gm gula pasir (1/4 cawan)
·         1 biji telur grade A
·         1 sudu teh esen vanilla

Cara Penyedian :
1.       Panaskan oven 180C.
2.       Satukan oatmeal, tepung, blackcurrant, baking soda, dan garam.  Ketepikan.
3.       Pukul gula dan metega hingga berkrim, masukkan telur dan esen vanilla.  Gaul rata.
4.       Masukkan campuran oatmeal, kaup balik dengan spatula hingga bergaul rata.
5.       Ambil 1 scoop kecil (1 sudu kecil), atur di dalam loyang yang di alas baking paper.  Jarakkan antara biskut 3cm kerana biskut mengembang.  Bakar selama 15 minit hingga biskut kecoklatan.
6.       Biarkan biskut sejuk dan mengeras sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi dan Tips Biskut Red Pearl

 

Bahan-bahan:
·         150gm mentega
·         150gm tepung gandum
·         75gm gula kastor
·         60gm cornflakes - ramas kasar
·         50gm coklat chips
·         25gm almond nibs
·         1sudu teh esen vanila
·         1/4 sudu teh emplex

Cara-cara :
1.       Kacau mentega, gula, dan esen vanila menggunakan sudip kayu hingga sebati saja.
2.       Campurkan semua bahan kering dan gaul sebati hingga menjadi doh.
3.       Cubit doh sebesar ibu jari, bulatkan sedikit dengan jari.  Doh biar meninggi supaya tidak meleper sewaktu di bakar.  Atur di atas dulang pembakar yang di alas baking paper.  Tekan hirisan ceri merah di tengahnya.
4.       Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 160C selama 20-25min bergantung pada oven.
5.       Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi dan Tips Biskut Tart Kurma

 




Bahan-bahan:


·         200gm mentega
·         50gm gula kaster
·         2 kuning telur
·         250gm tepung gandum
·         25gm tepung jagung
·         25gm susu tepung

 
Jem Kurma:

·         200gm kurma, cincang halus
·         50ml susu cair
·         1 sudu besar gula pasir
·         1 sudu besar mentega

-  Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak dengan api kecil hingga kental dan berkilat.  Sejukkan dahulu dan gentel bujur.

Penyediaan: 

1.       Satukan mentega dan gula kacau dengan senduk kayu hingga berkrim.  Masukkan kuning telur satu persatu, kacau hingga sebati.
2.       Masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.  Rehatkan selama 15 minit dalam peti sejuk.
3.       Canai dan terap menggunakan penerap bulat.  Leperkan sedikit supaya senang di lipat, masukkan inti kurma di tengahnya dan lipat hujung pastri hingga bertemu di tengah.  Ambil sedikit doh, letakkan melintang di tengah seperti bingkisan.
4.       Sapu dengan kuning telur dan bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit.

Resepi dan Tips Sotong Goreng Tomyam

 


Bahan-Bahan:


500 gm sotong sedang [bersihkan, potong 3 dan gorengkan sikit]
3 biji kentang [potong baji dan gorengkan]
3 helai daun limau purut [koyakkan]
3 tangkai cili besar
3 tangkai serai [ketukkan]
1 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan air asalm jawa
5 tangkai daun ketumbar
2 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam

 



Bahan Tumbuk:

5 biji cili api
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

 


Cara-Cara:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit air dan sotong. Gaulkan rata. Gunakan api perlahan
3. Masukkan daun limau purut,, serai.bawang besar dan semua bahan di atas.
4. Masukkan air asam .
5. Bila nampak kering air, masukkan sotong dan kentang. Gaulkan rata.
6. Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar yg dipotong.

Resepi dan Tips BAWAL SWEET-SOUR/ BAWAL MASAM MANIS

 


Bahan-Bahan:


1 ekor ikan bawal [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

 


Bahan Untuk Sos:


5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (potong 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

 


Cara-Cara:

1.     Ikan dilumurkan garam & kunyit dan gorengkan dalam minyak sehingga masak.
2.     Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk tumisan.
3.     Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
4.     Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Biarkan mendideh.
5.     Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
6.     Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan bawal yg telah digoreng tadi.
7.     Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

Resepi dan Tips Cencaru Belah Belakang/ Cencaru Sumbat

 

Bahan-Bahan:

4 ekor ikan cencaru[dicuci dan dibelah dibelakang]
minyak




Bahan Sambal (Mesinkan)

2 batang serai [racikkan]
4 ulas bawang merah
6 tangkai cili merah
2 s/b kelapa parut
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan
daun kunyit [mayang halus]
3 biji limau kaasturi [belah 2 dan buangkan biji]

 

Cara-Cara:

1.     Mesinkan bahan sambal dan gaulkan dengan daun kunyit.
2.     Sumbatkan sambal kedalam/belakang ikan cencaru.
3.     Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing..
4.     Terbalikkan ikan supaya garing dikedua2 belah ikan tu.
5.     Bila dah masak hidangkan dalam pinggan.
6.     Hiaskan dengan salad dan limau kasturi supaya semasa makan boleh diperahkan limau untuk menambah perisa sambal dalam ikan.