Bahan-bahan:
· 150 gm tepung florenta
· 100 gm kepingan badam*
· 70 gm kuaci hijau* - *bakar 5 minit
· 10 gm bijan hitam
· 10 gm bijan putih
Cara-cara :
1. Sediakan loyang bersaiz 16 x 12 inci yang telak dilapik dengan 'parchment paper' - bukan kertas minyak.
2. Taburkan tepung florenta dan ratakan pada keseluruhan loyang.
3. Tabur rata kepingan badam dan kuaci hijau yang telah dibakar bersama bijan hitam dan putih.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 7 minit sahaja.
5. Keluarkan biskut dan dengan pantas potong biskut mengikut saiz yang dikehendaki.
6. Keluarkan biskut dari loyang, sejukkan sebentar dan segera simpan dalam bekas kedap udara.