Youtube

Sunday, August 13, 2023

Resepi dan Tips Udang Sweet-Sour

 




Bahan-Bahan:


500 gm udang besar [bersihkan]
1 s/b kunyit
1 s/k garam
minyak


Bahan Untuk Sos:

5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (poton 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa


Cara-Cara:

1.     Udang digaulkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2.     Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
3.     Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4.     Masukkan juga cili potong dan gula.
5.     Setelah kuat pekat, masukkan duang dan gaulkan rata.

6.     Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

DIY Aiskrim Vanila Homemade

 


Bahan bahan:
·         1 cawan susu pekat
·         2 cawan susu full cream
·         1 sudu besar ovellate
·         1 ½  sudu esen vanilla
·         Sedikit kacang badam kisar


Cara cara:
1.       Campur semua sekali bahan di atas kecuali kacang badam, kemudian blend guna blender, blend hingga menjadi pekat
2.       Tuang ke dalam bekas dan letak dalam peti ais (bekukan)

Resepi dan Tips Apam Tepung Beras

 

Bahan bahan:
·         1 cawan nasi sejuk
·         1 ½ cawan air
·         2 cawan tepung beras
·         2 sudu besar tepung gandum
·         1 sudu teh yis mauripan
·         1 cawan gula
·         1 peket eno
·         Pewarna

Cara cara:
1.      Blend 1 cawan nasi sejuk dengan 1 1/2 cawan air sehingga halus
2.      Masukkan 2 cawan tepung beras, 2 sudu besar tepung gandum, 1 sudu teh yis mauripan dan 1 cawan gula pasir
3.      Blend sehingga sebati kemudian masukkan ke dalam bekas dan perap selama 5 jam
4.       Selepas 5 jam, masukkan 1 peket eno dan pewarna ikut suka
5.       Biar seketika.
6.      Masuk ke dalam acuan dan kukus selama 25 minit
7.      Boleh di makan bersama kelapa parut kukus

Resepi dan Tips Ayam Masak Halia

 


Bahan bahan:

Bahan A
·         Ayam 8 ketul dipotong kecil.
·         Kunyit dan sedikit garam untuk ayam nak digoreng jangan terlalu garing.

Bahan B
·         Halia muda ½  inci dan Bawang putih dihiris halus

Bahan C
·         Bawang besar sebiji dan cili api 10 tangkai (jika hendak pedas) dipotong

Bahan D
·         Sos tiram
·         Garam
·         Gula

Cara cara:
1.       Tumiskan bahan B sehingga sedikit garing dan naik bau
2.       Kemudian masukan bahan A kacau sehingga rata
3.       Selepas itu masukan bahan D perasakan kacau sehingga secukup rasa
4.       Seterusnya boleh masukan bahan C (jika nak dapat hasil yang sedap gunakan api yang besar,tapi kita kena pandai mengawal masakan kita)

Resepi dan Tips Ayam Percik

 

Bahan bahan:
·         ½  kilo ayam
·         1 mangkuk santan pekat
·         3 labu bawang merah
·         3 ulas bawang putih
·         1 inci halia
·         2 batang serai
·         10 tangkai cili kering
·         Garam dan gula secukup rasa


Cara cara:
1.       Blender semua bahan di atas kecuali ayam, garam dan gula
2.       Tumis semua bahan yang sudah di blender tadi sehingga pecah minyak
3.       Bila dah pecah minyak, masukkan ayam & masak sehingga empuk kemudian masukkan santan pekat, garam & gula
4.       Kuarkan ayam & bakar ayam di dalam pemanggang dengan sedikit kuah tadi
5.       Akhir sekali curahkan kuah di atas ayam yngg sudah siap di panggang

Resepi dan Tips BAN (roti) MANIS

 Bahan bahan:

·         ½ kg tepung roti @ tpung biasa
·         75 gm gula kastor
·         15 gm susu tepung
·         15 gm yis
·         7.5 gm garam
·         62.5 gm shortening (lemak sayuran)
·         1/2 biji telur
·         275 ml air
·         2.5 gm improver
·         5 gm pelembut (tak ada pon tak apa)

 Cara cara:
1.       Campurkan semua bahan kering dan gaul rata kecuali pelembut
2.       Masukkan telur yg telah d bancuh & uli
3.       Kemudian masukn air sedikit demi sedikit hingga habis
4.       Masukkan shortening & pelembut dan uli sehingga lembut,sebati dan tak melekat di jari
5.        Rehatkan 10 minit dan doh akan naik kembang 2x ganda
6.       Canai dan bentuk doh ikut suka hati pastu masuk inti favourite anda ( red bean, kaya, peanut butter,curry ayam/daging sosej dan sebagainya)
7.       Sebelum bakar sapu atas bun yg dah siap di bentuk tersebut dengan egg wash ( telur + pewarna kuning yg telah dibancuh sebati)
Bakar 10-15 minit  175c hingga perang

** kalau nak buat banyak, boleh gandakan 2 or 3 kali sukatan diatas **

Resepi dan Tips Bingka Roti Berlauk

 


Bahan bahan:


·         10 keping roti
·         3 ketul dada ayam
·         4 biji telur
·         1 tin susu cair
·         Daun bawang
·         Cili merah
·         Garam
·         Gula
·         Serbuk lada hitam
·         Serbuk jintan manis

Cara cara:

1.      Potong nipis : - isi ayam, daun bawang, cili merah
2.      Gaul kesemua bahan kecuali roti
3.      Sapu minyak pada loyang
4.      Potong roti dan alas lapik satu persatu
5.      lapiskan setiap lapisan dengan roti dan adunan tadi (buat selang seli sampai habis)
6.      Bakar selama 1 jam pada suhu 180'