Youtube

Sunday, August 13, 2023

Resepi dan Tips Ayam Masak Bali

 

Bahan-bahan

  • Ketumbar, jintan manis, jintan kasar
  • 3 batang serai (2 blend, 1 ketuk)
  • Kicap pekat/dark soya untuk perap ayam
  • 8 biji bawang merah
  • Ayam
  • 2 biji bawang putih
  • daun kari 1 tangkai dan jugak daun limau purut
  • kicap
  • minyak untuk menumis
  • Cili kering/ Cili Bo
  • asam keping
  • serbuk kunyit

Cara-cara
1.      Blend bawang putih merah, ketumbar biji, jintan manis, kasar, serai batang, cili kering(jika tidak menggunakan cili bo).
2.      Setelah dilblend gunakan bahan ini bersama dark soya dan serbuk kunyit untuk diperap pada ayam.
3.      Panaskan minyak dan masukkan ayam yang telah diperap-jangan terus dimasukkan sekali bahan perapan cuma masukkan ayam.
4.      Bila ayam sudah agak masak (jangan terlampau garing, sekadar ayam masak dengan elok) masukkan bahan perap tadi.
5.      Kacau semua bahan dan biarkan diatas api sampai masak @ sedikit kering, sebelum itu masukkan daun kari serai yang diketuk serta daun limau purut.
6.      Bila rasa dah sebati masin manis dan berempah boleh la diangkat dan hidang bersama nasi impit/nasi putih biasa.

Tips: Sesuai dijadikan bekalan bagi perjalanan jauh kerana tidak cepat basi.

Resepi dan Tips Badak Berendam

 


Bahan-bahan

(menghasilkan 10-13 biji badak berendam, bergantung kepada saiz)
Inti:
·         1 cawan kelapa parut putih- seeloknya yang muda sikit kelapanya utuk hasil yang lebih sedap
·         1/2 keping gula melaka dicairkan (dimasak) dengan 1/2 cawan air- tapis
·         1 sudu besar gula putih
***Masak kelapa parut, air gula melaka dan gula putih dalam periuk dengan api perlahan. Gaul rata sentiasa hingga air gula kering dan inti sebati. Tutup api dan sejukkan inti.
Doh:
·         1 cawan tepung pulut
·         1/2 cawan air suam dicampur pewarna hijau dan perisa pandan dan secubit garam
·         1/2 sudu teh air kapur cair
Bahan kuah:
·         1 cawan santan pekat (pati) dan 1/4 sudu teh garam – bahagikan kepada dua
·         1 bahagian dicampur 1 sudu teh tepung jagung- kacau dengan garpu.

Cara membuatnya
1.      Campur semua bahan di atas dan uli hingga menjadi doh. Jika doh agak keras, tambah sedikit air lagi (1 sudu teh).
2.      Bulat-bulatkan doh kecil sedikit saiznya daripada bola ping-pong. Leperkan dan isi inti di tengahnya.
3.      Cantumkan hujung doh dan genggam perlahan bebola agar padat antara tepung dan inti agar mudah dibentuk.
4.      Bulatkan bebola dengan menggolekkan bebola di antara tapak tangan. susunkan di dalam bekas tahan panas. Buat hingga habis. Sementara tu panaskan pengukus.
5.      Kukus kuih selama 15 minit dengan api kuat. Keluarkan daripada pengukus dan siram dengan 1/2 cawan santan. Terbalikkan kuih dan kukus lagi 10 minit.
6.      Masukkan santan yang dicampur dengan tepung jagung ke dalam periuk/kuali. Seeloknya yang non-stick. Tuang santan didalam bekas kuih yang dikukus tadi juga ke dalam kuali (campurkan keduanya). Masak santan dengan api perlahan sambil mengacaunya hingga pekat.
7.      Tuang kuah santan ke atas kuih dan sejukkan seketika sebelum dihidang.

Resepi dan Tips Bar Bounty

 


Bahan-bahan:

 400g coklat
·         Kelapa kering / parut
·         Susu pekat manis

Langkah-langkahnya:
1.       Cairkan coklat dengan kaedah double boiled

2.    Gaulkan kelapa dengan susu dan gumpalkan. Agak-agak sahaja berapa banyak kelapa dan susu supaya gumpalan tidak terlalu basah atau kering

3.       Simpan sebentar bahan dalam peti sejuk lebih kurang dalam 20 minit

4.       Keluarkan bar dan celupkan ke dalam coklat cair dan bekukan sekali lagi selama 15 minit

Resepi dan Tips Bingka Labu

 

Bahan-bahan:

·         1 biji labu kuning bersaiz sederhana – kopek, dadu, rebus dan tos
·         240gm gula pasir
·         250gm tepung gandum
·         3 biji telur (saiz A)
·         1 cawan santan pekat
·         125gm merjerin - cairkan

Cara-cara:
1.       Blend labu rebus,gula telur dan santan hingga halus
2.       Masukkan bahan blend ke dalam mangkuk besar
3.       Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata
4.       Masukkan majerin yang dicairkan dan kacau.. jika adunan berketul-ketul.. boleh ditapis atau diblend sekali lagi
5.       Panaskan ketuhar 175C
6.       Lenserkan acuan dengan marjerin/butter
7.       Bakar di dalam ketuhar

Resepi dan Tips Biskut Florentine / Crunchy Caramel Almond Cookies

 


Bahan-bahan:

·         150 gm tepung florenta
·         100 gm kepingan badam*
·         70 gm kuaci hijau* - *bakar 5 minit
·         10 gm bijan hitam
·         10 gm bijan putih

Cara-cara :

1.       Sediakan loyang bersaiz 16 x 12 inci yang telak dilapik dengan 'parchment paper' - bukan kertas minyak.
2.       Taburkan tepung florenta dan ratakan pada keseluruhan loyang.
3.       Tabur rata kepingan badam dan kuaci hijau yang telah dibakar bersama bijan hitam dan putih.
4.       Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170C selama 7 minit sahaja.
5.       Keluarkan biskut dan dengan pantas potong biskut mengikut saiz yang dikehendaki.
6.       Keluarkan biskut dari loyang, sejukkan sebentar dan segera simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi dan Tips Biskut Keju Cornflakes

 



Bahan-bahan

·         150gm mentega
·         80gm gula perang
·         30gm gula pasir
·         1 biji telur
·         1/2 sudu teh esen vanila
·         1/2 sudu teh emplex
·         150gm parutan keju cheddar
·         150gm tepung gandum

Saduran :  150gm cornflakes - ramas kasar

Cara-cara :

1.       Satukan tepung, parutan keju dan emplex.
2.       Pukul mentega dan gula hingga berkrim.  Masukkan telur dan esen vanila.  Putar sebati.
3.       Masukan campuran tepung dan putar dengan kelajuan rendah hingga sebati.
4.       Ambil 1/2 sudu teh adunan, golekkan ke dalam cornflakes, bulat-bulatkan.
5.       Bakar pada suhu 160C selama 30-35minit hingga keperangan. 

6.       Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara. 

Resepi dan Tips Biskut Oat Blackcurrant

 

Bahan-bahan:

·         120gm oatmeal ( 1 1/2 cawan)
·         100gm tepung gandum (1/2 cawan)
·         90gm raisin (1/2 cawan blackcurrant atau kismis)
·         1/2 sudu teh soda bikabonat
·         1/2 sudu teh garam
·         85gm mentega tawar (6 sudu makan)
·         100gm gula perang (1/2 cawan)
·         60gm gula pasir (1/4 cawan)
·         1 biji telur grade A
·         1 sudu teh esen vanilla

Cara Penyedian :
1.       Panaskan oven 180C.
2.       Satukan oatmeal, tepung, blackcurrant, baking soda, dan garam.  Ketepikan.
3.       Pukul gula dan metega hingga berkrim, masukkan telur dan esen vanilla.  Gaul rata.
4.       Masukkan campuran oatmeal, kaup balik dengan spatula hingga bergaul rata.
5.       Ambil 1 scoop kecil (1 sudu kecil), atur di dalam loyang yang di alas baking paper.  Jarakkan antara biskut 3cm kerana biskut mengembang.  Bakar selama 15 minit hingga biskut kecoklatan.
6.       Biarkan biskut sejuk dan mengeras sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi dan Tips Biskut Red Pearl

 

Bahan-bahan:
·         150gm mentega
·         150gm tepung gandum
·         75gm gula kastor
·         60gm cornflakes - ramas kasar
·         50gm coklat chips
·         25gm almond nibs
·         1sudu teh esen vanila
·         1/4 sudu teh emplex

Cara-cara :
1.       Kacau mentega, gula, dan esen vanila menggunakan sudip kayu hingga sebati saja.
2.       Campurkan semua bahan kering dan gaul sebati hingga menjadi doh.
3.       Cubit doh sebesar ibu jari, bulatkan sedikit dengan jari.  Doh biar meninggi supaya tidak meleper sewaktu di bakar.  Atur di atas dulang pembakar yang di alas baking paper.  Tekan hirisan ceri merah di tengahnya.
4.       Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 160C selama 20-25min bergantung pada oven.
5.       Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi dan Tips Biskut Tart Kurma

 




Bahan-bahan:


·         200gm mentega
·         50gm gula kaster
·         2 kuning telur
·         250gm tepung gandum
·         25gm tepung jagung
·         25gm susu tepung

 
Jem Kurma:

·         200gm kurma, cincang halus
·         50ml susu cair
·         1 sudu besar gula pasir
·         1 sudu besar mentega

-  Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak dengan api kecil hingga kental dan berkilat.  Sejukkan dahulu dan gentel bujur.

Penyediaan: 

1.       Satukan mentega dan gula kacau dengan senduk kayu hingga berkrim.  Masukkan kuning telur satu persatu, kacau hingga sebati.
2.       Masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.  Rehatkan selama 15 minit dalam peti sejuk.
3.       Canai dan terap menggunakan penerap bulat.  Leperkan sedikit supaya senang di lipat, masukkan inti kurma di tengahnya dan lipat hujung pastri hingga bertemu di tengah.  Ambil sedikit doh, letakkan melintang di tengah seperti bingkisan.
4.       Sapu dengan kuning telur dan bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit.

Resepi dan Tips Sotong Goreng Tomyam

 


Bahan-Bahan:


500 gm sotong sedang [bersihkan, potong 3 dan gorengkan sikit]
3 biji kentang [potong baji dan gorengkan]
3 helai daun limau purut [koyakkan]
3 tangkai cili besar
3 tangkai serai [ketukkan]
1 labu bawang besar [mayang]
1/2 cawan air asalm jawa
5 tangkai daun ketumbar
2 biji buah tomato [belah 4]
minyak
garam

 



Bahan Tumbuk:

5 biji cili api
5 biji cili merah
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

 


Cara-Cara:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga wangi.
2. Masukkan sedikit air dan sotong. Gaulkan rata. Gunakan api perlahan
3. Masukkan daun limau purut,, serai.bawang besar dan semua bahan di atas.
4. Masukkan air asam .
5. Bila nampak kering air, masukkan sotong dan kentang. Gaulkan rata.
6. Angkat dan hiaskan dengan daun ketumbar yg dipotong.

Resepi dan Tips BAWAL SWEET-SOUR/ BAWAL MASAM MANIS

 


Bahan-Bahan:


1 ekor ikan bawal [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

 


Bahan Untuk Sos:


5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (potong 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

 


Cara-Cara:

1.     Ikan dilumurkan garam & kunyit dan gorengkan dalam minyak sehingga masak.
2.     Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit untuk tumisan.
3.     Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
4.     Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air. Biarkan mendideh.
5.     Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
6.     Setelah kuah pekat, tuangkan ke atas ikan bawal yg telah digoreng tadi.
7.     Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

Resepi dan Tips Cencaru Belah Belakang/ Cencaru Sumbat

 

Bahan-Bahan:

4 ekor ikan cencaru[dicuci dan dibelah dibelakang]
minyak




Bahan Sambal (Mesinkan)

2 batang serai [racikkan]
4 ulas bawang merah
6 tangkai cili merah
2 s/b kelapa parut
garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan
daun kunyit [mayang halus]
3 biji limau kaasturi [belah 2 dan buangkan biji]

 

Cara-Cara:

1.     Mesinkan bahan sambal dan gaulkan dengan daun kunyit.
2.     Sumbatkan sambal kedalam/belakang ikan cencaru.
3.     Panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga garing..
4.     Terbalikkan ikan supaya garing dikedua2 belah ikan tu.
5.     Bila dah masak hidangkan dalam pinggan.
6.     Hiaskan dengan salad dan limau kasturi supaya semasa makan boleh diperahkan limau untuk menambah perisa sambal dalam ikan.