Youtube

Sunday, August 13, 2023

Resepi dan Tips Siakap Sweet-Sour / Siakap Tiga Rasa



 Bahan-Bahan:

 
1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

 

Bahan Untuk Sos:

5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (potong 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak


Cara-Cara:

1.     Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.
2.     Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.
3.     Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
4.     Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
5.     Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
6.     Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
7.     Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

Resepi dan Tips Singgang Ikan Tongkol/Aye

 



Bahan-bahan:

1 ekor ikan tongkol/aye..potong kecil dan bersihkan
3 ulas bawang putih dimayang
2 cm lengkuas.............]dihiris nipis
2 cm kunyit hidup........]
5 keping asam keping/gelugor
garam
cili api..ikut suka [buangkan tangkai]

 



Cara-Cara (MICROWAVE):

1.     Masukkan semua bahan dalam mangkuk kaca tahan panas dan tutup mangkuk itu.
2.     Masukkan dalam microwave dan setkan HIGH selama 20 minit.
3.     Keluarkan dan masukkan ciliapi.


Cara-Cara (NORMAL):

1.     Masukkan semua bahan dalam periuk dan biarkan sehingga mendideh.
2.     Rasakan garam dan masukkan ciliapi.

3.     Hidangkan.

Resepi dan Tips Udang Black Pepper (Lada Hitam)

 

Bahan-Bahan:


500 gm udang size L - gaul garam n blackpepper or white pepper
3 ulas bawang putih - tumbuk / ketuk
3 biji cili merah tumbuk kasar
3 sudu teh jus limau kasturi
sedikit daun sup untuk hiasan - boleh hiris

Cara-Cara:

1.     Panaskan minyak, tumis kan bawang putih.
2.     Masukkan cili tumbuk, udang, jus limau kasturi,
3.     Kacau sehingga udang kemerahan.
4.     Masukkan daun sup
5.     Hidangkan.

Resepi dan Tips Udang Sweet-Sour

 




Bahan-Bahan:


500 gm udang besar [bersihkan]
1 s/b kunyit
1 s/k garam
minyak


Bahan Untuk Sos:

5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (poton 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa


Cara-Cara:

1.     Udang digaulkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2.     Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semula dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
3.     Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4.     Masukkan juga cili potong dan gula.
5.     Setelah kuat pekat, masukkan duang dan gaulkan rata.

6.     Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.

DIY Aiskrim Vanila Homemade

 


Bahan bahan:
·         1 cawan susu pekat
·         2 cawan susu full cream
·         1 sudu besar ovellate
·         1 ½  sudu esen vanilla
·         Sedikit kacang badam kisar


Cara cara:
1.       Campur semua sekali bahan di atas kecuali kacang badam, kemudian blend guna blender, blend hingga menjadi pekat
2.       Tuang ke dalam bekas dan letak dalam peti ais (bekukan)

Resepi dan Tips Apam Tepung Beras

 

Bahan bahan:
·         1 cawan nasi sejuk
·         1 ½ cawan air
·         2 cawan tepung beras
·         2 sudu besar tepung gandum
·         1 sudu teh yis mauripan
·         1 cawan gula
·         1 peket eno
·         Pewarna

Cara cara:
1.      Blend 1 cawan nasi sejuk dengan 1 1/2 cawan air sehingga halus
2.      Masukkan 2 cawan tepung beras, 2 sudu besar tepung gandum, 1 sudu teh yis mauripan dan 1 cawan gula pasir
3.      Blend sehingga sebati kemudian masukkan ke dalam bekas dan perap selama 5 jam
4.       Selepas 5 jam, masukkan 1 peket eno dan pewarna ikut suka
5.       Biar seketika.
6.      Masuk ke dalam acuan dan kukus selama 25 minit
7.      Boleh di makan bersama kelapa parut kukus

Resepi dan Tips Ayam Masak Halia

 


Bahan bahan:

Bahan A
·         Ayam 8 ketul dipotong kecil.
·         Kunyit dan sedikit garam untuk ayam nak digoreng jangan terlalu garing.

Bahan B
·         Halia muda ½  inci dan Bawang putih dihiris halus

Bahan C
·         Bawang besar sebiji dan cili api 10 tangkai (jika hendak pedas) dipotong

Bahan D
·         Sos tiram
·         Garam
·         Gula

Cara cara:
1.       Tumiskan bahan B sehingga sedikit garing dan naik bau
2.       Kemudian masukan bahan A kacau sehingga rata
3.       Selepas itu masukan bahan D perasakan kacau sehingga secukup rasa
4.       Seterusnya boleh masukan bahan C (jika nak dapat hasil yang sedap gunakan api yang besar,tapi kita kena pandai mengawal masakan kita)