Youtube

Wednesday, January 9, 2013

SENARAI KOD BAGI NEGERI KELAHIRAN


Johor 01, 21, 22, 23, 24
Kedah 02, 25, 26, 27
Kelantan 03, 28, 29
Melaka 04, 30
Negeri Sembilan 05, 31, 59
Pahang 06, 32, 33
Pulau Pinang 07, 34, 35
Perak 08, 36, 37, 38 , 39
Perlis 09, 40
Selangor 10, 41, 42, 43, 44
Terengganu 11, 45, 46
Sabah 12, 47, 48, 49
Sarawak 13, 50, 51, 52, 53
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur) 14, 54, 55, 56, 57
Wilayah Persekutuan (Labuan) 15, 58
Wilayah Persekutuan (Putrajaya) 16
Negeri Tidak Diketahui 82

Tuesday, January 8, 2013

Sabung Ayam / Laga Ayam

Oleh Dato' Haji Muhammad Ismail b. Salleh 

Satu daripada kegemaran orang-orang melayu ialah berlaga ayam atau menyabung ayam. Permainan ini, jika boleh dipanggilkan permainan, berasal beratus-ratus tahun malahan beribu tahun jika dikira ia telah wujud di zaman Kerajaan Langkasuka lagi.

Arena perlagaan ayam dipanggil
"bon"
 Arena ayam berlaga ini dipanggil "bon". Bon zaman dahulu merupakan sebuah lubang dua kali dalam yang dikorek bulat dengan garis lentang sepanjang 14 kaki di atas tanah. Bon sekarang tidak dikorek tanah lagi tetapi di atas keluasan yang sama kawasan itu dilengkongi dengan guni atau kain plastik sebagai dinding.
Ketua yang menjadi pengadil perlagaan ialah "Nai Bon". "Nai" ialah Tuan atau Ketua dalam bahasa Thai. Nai Bon ialah orang yang menentukan masa pusingan, jumlah pusingan dan syarat-syarat lain yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Satu-satu pusingan itu dipanggil "Air". Satu air berlangsung selama lima belas minit iaitu selama sebiji batil yang berlubang kecil tenggelam di dalam sebuah pasu air. Sekarang ini batil itu digantikan dengan tempurung sahaja.

Sebelum memulakan perlagaan, ayam-ayam yang hendak bertanding dipadankan terlebih dahulu. Banyak pasang dipadankan serentak di dalam bon. Pasang-pasang yang hendak berlaga dipegang dan diletakkan menghadapi satu sama lain oleh tuannya atau juara masing-masing. Juara ialah orang yang membawa ayam masuk ke dalam bon, boleh jadi tuan ayam itu sendiri atau orang lain yang dipercayai oleh tuan ayam. Persetujuan antara tuan ayam dan juara-juara dengan pasangan masing-masing perlu diperolehi dengan jelas. Nai Bon memerhatikan persetujuan-persetujuan itu dihormati kelak.

Selepas upacara berpadan, ayam-ayam diambil semula dan bersiap diri untuk berlaga. Masa ini tuan-tuan ayam akan berusaha menambah susuh, membalut susuh, meletakkan taji dan sebagainya supaya ayam-ayam berlaga sama padan dan sama sesuai seperti yang dipersetujui tadi. Menambah susuh ialah melekatkan susuh yang diambil dari ayam yang telah mati tetpi susuh itiu masih keras, kuat dan tajam. Susuh yang diraut dari tanduk tidak menjamin keberkesanannya seperti susuh ayam tua. Jika seekor ayam itu mempunyai susuh yang terlalu panjang dari lawannya, susuhnya hendaklah dibalut sedikit.
Ayam-ayam itu dibasuh dengan air biasa. Air ini dibasahkan kepada sehelai kain dan dengan kain itu seluruh badan ayam dari kepala hingga ke kakinya dibasuhkan. Bulu-bulu sayap, bahagian bawah sayap dan ekornya digosok hingga basah kuyup. Rengkung ayam dijolok dengan bulu ayam supaya keluar lendir yang boleh mengganggu pernafasannya.
"Bon" mempunyai garis lentang 14
kaki dan ketinggian 2 kaki dibuat
dari kain guni atau plastik.
Sebelum berlaga tuannya membuat persediaan dirumah secara memandikan ayam-ayam laganya dengan air yang bercampur akar-akar kayu dan daun-daun ubat mengikut petua masing-masing. Ubat ini dipanggil pakan dan dapat menguatkan kulit ayam. Satu dari ubatnya ialah teras kayu keluat, sejenis kayu hitam seperti arang yang didapati di Petani, diasah-asah dan dilumurkan ke kulit ayam sabung. Biasanya sebelum turun berlaga tuan ayam akan memberi ayamnya minum seteguk air keluat ini.

"Nai Bon" atau ketua
perlagaan berdiri
menentukan syarat
perlagaan dihormati
seperti saiz ayam dan
masa pusingan.
 Setengah juara membungkus kelapa parut dengan kain kemudian dipedapkan ke atas tungku panas dan didemahkan pula di seluruh badan ayam semalam-malaman sebelum hari perlawanan. Ini pun boleh "mengkebelkan" kulit ayam dan menjadi pakan yang baik. Kulit yang berpakan begini tidak mudah ditembusi jarum. Tetapi apabila ayam berada di bon di bawah awasan Nai Bon, ayam-ayam dibenarkan basuh dengan iar biasa yang disediakan Nai Bon sahaja.

Sebelum dilepaskan ayam ke dalam bon atau arenanya,nai Bon akan meminta juara-juaranya membawa ayam masuk ke dalam bon membuat persetujuan atau tidak untuk mengadakan perlagaan cubaan terlebih dahulu. Cubaan ini berjalan selama dua atau tiga minit. Dalam istilah perlagaan ayam masa percubaan ini dipanggil "Jum". Jika ada ayam yang lari dalam masa "Jum" ini atau keriau yakni menjerit kesakitan akibat serangan lawannya, perlagaan dibatalkan dan dikira tak aci, dan tuan ayam yang kalah tidak dikenakan sebarang penalti. Selepas percubaan ini atau "jum" tadi, perlagaan diteruskan sehingga satu air. Permulaan perlagaan yang rasmi itu diisyaratkan oleh Nai Bon dengan teriakannya, "Aci, sekarang Aci".

Kadang-kadang juara dan tuan-tuan ayam bersetuju meneruskan perlagaan rasmi dengan tidak melalui masa percubaan dan ini dipanggil persetujuan "Lepas Ekor" iaitu berlaga terus. Nai Bon bolehlah meletakkan syarat-syaratnya berlawan terus. Syarat-syarat Nai Bon ialah mengisytiharkan masa satu air dan jumlah pusingan yang telah dipersetujui. Selepas cukup pusingan atau "Air"nya atupun diketahui alah menangnya, perlagaan dihentikan.

Satu-satu perlagaan pernah berlangsung sampai salah seekornya lari, menjerit kesakitan atau jatuh mati. Sekarang satu-satu perlagaan ditetapkan untuk enam air sahaja walaupun ayam-ayam masih berdegil menunjukkan kehandalan masing-masing, perlagaan itu direntikan dan dikira seri.

Selepas satu air atau 15 minit ini, ayam yang berlaga direhatkan. Juara atau tuan ayam akan memulihkan ayamnya masing-masing. Ayam akan dibasuh dari debu dan kotoran, mencuci darah, mencuci rengkung dengan bulu ayam, menebuk kulit yang dimasuki angin, mendemah luka dan bengkak-bengkak, menjahit luka dan sebagainya. Waktu rehat ialah selama 15 minit juga.

Nai Bon menyediakan sekeping tin atau belanga di atas api yang sentiasa bernyala dan juara-juara ayam akan menekankan kain-kain lembut di permukaan tin atau belanga itu kemudian mendemahkan kain panas ke tempat-tempat luka dan bengkak ayamnya. Juara juga akan mendemah di merata-rata bahagian badan ayam terutama di muka, di bawah sayap dan di tapak kaki sebagai menyegarkan ayam.

Dalam sesuatu perlagaan, ayam yang kena tikam dengan susuh, atupun "Kena Patah" sehingga jatuh boleh diangkat oleh Nai Bon supaya berdiri semula dan berlawan. Jika selepas tiga kali ditolong begitu ayam yang jatuh tidak dapat berdiri lagi, ayam itu dikira kalah dan perlagaan dihentikan. "Kena Patah" bermaksud terseliuh atau tersilap urat di leher, penangan susuh atau betis lawannya. Ayam yang "Kena Patah" biasanya berpusing-pusing di dalam bon seperti kehilangan pedoman oleh terlalu sakit dan setengahnya berterbangan hingga keluar bon. Ayam ini ditangkap oleh juaranya dan ditempatkan di dalam bon semula supaya bertarung terus. Ini dilakukan jika ayam yang "Terkena Patah" tidak "kiok" iaitu menerbitkan suara. Jika "kiok" ayam itu dikira kalah dan perlagaan direntikan.

 Ayam-ayam untuk perlagaan dipelihara khusus dari baka-baka yang biasa menang dalam perlagaan dahulu-dahulu. Baka-baka ayam yang biasa disebut antaranya ialah Kimin, To-on, Kamnyi, Eluang, Eset, Edang, Elau, Ekiau, Biring, Cempa dan lain-lain. Baka-baka ini dikenali dari warna-warna bulu, paruh, kuku,mata dan sisik kakinya serta saiz.
Tempurung berlubang
kecil diletakkan di
dalam sebuah timba
berisi air. Satu "air"
iaitu masa 15 minit
menentukan masa
satu pusingan perlagaan.
Ayam-ayam yang dipelihara untuk berlaga ini diberi pula latihan-latihan jasmani, diberi makan ubat-ubat, diberi makan padi dan gandum, katak dan daging yang dipercayai boleh menguatkan ayam-ayam tersebut. Ayam-ayam sekarang banyak menelan pil kalsium.

Latihan jasmani ayam-ayam ini mengikut kepakaran tuannya. Ada yang melepaskan ayam ke dalam kolam supaya berenang beberapa minit setiap hari. Ada pula yang meletakkan makanan ayamnya di tempat tinggi supaya ayamnya dapat meriadahkan leher dan ada pula yang mengajar ayamnya melompat-lompat dan menendang ayam lain yang dipegang oleh tuannya.

Air akar kayu yang dimandikan ayam atau diberinya minum ialah rebusan dari pelbagai ramuan seperti akar seruntun, kunyit, limau purut, akar serta daun dan batang pokok pakan ayam daun pokok susuh ayam betina, lada hitam, bawang merah dan lain-lain lagi. Ayam-ayam yang terlalu panas kerana terlalu banyak memakan ubat dan mandi akar-akar kayu, diberi makan pisang dan isi-isi siput supaya badannya sejuk dan sihat.

Perlagaan ayam atau menyabung ayam ini diharamkan oleh kerajaan negeri sejak 1909 kerana melarang penduduk-penduduk melakukan seksaan terhadap binatang-binatang dan menghapuskan perjudian yang timbul dari perlagaan ayam.

Sumber :  http://www.mykedah2.com


Friday, November 16, 2012

Tanda 100 Hari Sebelum Kematian


Orang yang bijak adalah orang yang sentiasa mengingati mati.
• Tanda 100 hari sebelum sakaratulmaut.Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambaNya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini, sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
• Tanda 40 hari sebelum hari mati.Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
• Tanda 7 hari.Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
• Tanda 3 hari.Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
• Tanda 1 hari.Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
• Tanda akhir.Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.Wallahua’lam..“Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran”.

Thursday, November 15, 2012

7 pintu Neraka dan Keadaannya

Yazid Ar raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibril datang kepada rosulullah pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh Rosululah saw: “Mengapa aku melihat kau berubah muka?” Jawabnya: “Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan a…pi neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahwaneraka Jahannam itu benar, siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka- suka sebelum ia merasa aman daripadanya”.Lalu Rosullulah saw bersabda:“Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam”. Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama 1000 tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan 1000 tahun sehingga putih, kemudian 1000 tahun sehingga hitam, lalu menjadi hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah, andaikan terbuka sebesar lubang jarum niscaya akan dapat membakar semua penduduk dunia karena panasnya. Demi Allah, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi niscaya akan mati penduduk bumi karena panas dan basinya.Demi Allah, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, niscaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke 7. Demi Allah, andaikan seorang di ujung barat tersiksa, niscaya akan terbakar orang-orang yang di ujung timur karena sangat panasnya. Jahannam itu sangat dalam, perhiasannya besi dan minumannya air panas bercampur nanah, dan pakaiannya adalah potongan- potongan api. Api neraka itu ada 7 pintu, jarak antar pintu sejauh 70 tahun, dan tiap pintu panasnya 70 kali dari pintu yg lain”. MasyaAllah…


Gadis Melayu Sanggup Hina Allah Kerana Teman Lelaki

Astagfirullahaladzim. Penulis sangat terkejut apabila membaca satu komen di facebook yang seolah-olah menghina Allah SWT. Seorang gadis yang dikatakan berumur 14 tahun seolah-0lah tiada pegangan agama apabila membalas komen dari rakannya. Gambar di atas ini jelas menunjukkan kepada kita betapa ceteknya ilmu agama remaja Islam sekarang. Sangat jauh lari dari landasan Islam yang telah ditetapkan oleh-Nya. Ramai orang yang bersetuju jika penulis mengatakan “cinta itu buta”, tetapi kita sebagai Umat Islam seharusnya ingat jangan sesekali kita buta hati kita kepada Allah kerana cinta kita kepada manusia. Sesungguhnya cinta paling agung adalah cinta kita kepada Allah dan Rasul. Cinta itu yang akan kekal abadi dan sebagai bekalan kita di hari akhirat.


Friday, July 27, 2012

lembu hati-hati memandu

Otw blik dr putrajaya ke kg halaman di selatan tanah air hr ni aku nambpak byk btul sign board atau papan tanda peringatan yg ade gambar lembu n di bwh nya tertera perkataan hati-hati memandu.... Terfikir sejenak.... Hummmrr bateri dah nak kong....nanti sambung blik